Assalamualaikum!
Assalamualaikum!
Satu Hari Satu ... merupakan tempat saya berkongsi ilmu, cerita, pengalaman, cetusan hati dan pandangan peribadi. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Semoga Allah kurniakan saya istiqamah di dalam perkongsian ini. Saya pohon kemaafan jika ada kesilapan, tersinggung perasaan dan percanggahan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengah blog ini.
“Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.
Saturday, October 9, 2010
Fotografi Pra-Perkahwinan
Masyarakat Melayu pula mengadakan sessi fotografi sebelum majlis pernikahan. Alangkah ruginya apabila hendak membina masjid dimulakan dengan mengotori tapak pembinaannya terlebih dahulu. Kebiasaannya gambar-gambar yang diambil menunjukkan keintiman di antara pasangan pengantin. Sewaktu majlis resepsi, tanpa segan silu pertunjukan slide akan ditayangkan. Pelbagai pujian akan diberi tentang kecantikan dan romantiknya gambar-gambar yang diambil. Tanpa disedari seakan-akan ibu bapa, kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai mempelai meredhai perbuatan yang salah dan haram disisi Allah. Di manakah hilangnya kesantunan dan sifat malu masyarakat Melayu kini?
Alangkah baiknya, jika sessi fotografi ini dilakukan selepas pernikahan. Lewatkanlah sikit tarikh majlis resepsi/ walimatul urus supaya sempat membuat pengambaran jika teringin sangat mengadakan tayangan slide. Barulah nanti cantik gambarnya, cantik adabnya. InsyaAllah, barulah beroleh perkahwinan yang diberkati dan diredhai.