Assalamualaikum!
Assalamualaikum!
Satu Hari Satu ... merupakan tempat saya berkongsi ilmu, cerita, pengalaman, cetusan hati dan pandangan peribadi. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Semoga Allah kurniakan saya istiqamah di dalam perkongsian ini. Saya pohon kemaafan jika ada kesilapan, tersinggung perasaan dan percanggahan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengah blog ini.
“Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.
Thursday, June 16, 2011
Ahlan Wa Sahlan TV Al Hijrah
Alhamdulillah akhirnya saluran TV Al Hijrah telah pun tersenarai di dalam rangkaian ASTRO (114), maka dapatlah kami sekeluarga yang menetap di Negeri Sembilan ini menikmatinya. Isnin lepas merupakan detik perkenalan kami yang dimulai dengan hidangan Madrasah Aqidah.
Topik perbincangan berkisar tentang mengapa kita dicipta oleh Allah s.w.t. dan tanggungjawab kita sebagai manusia, merujuk kepada Al Quran surah Adz-Zariyat ayat 56: "Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Ku." Menurut ustaz, ibadat ialah perkara yang Allah suka kita buat. Setiap perkara yang memberi kebaikan kepada diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan disukai Allah dikira sebagai ibadat.
Oleh itu marilah kita isikan masa kita dengan melakukan perkara-perkara yang Allah suruh dan Allah suka, serta meninggalkan perkara-perkara yang Allah larang dan benci, mudah-mudahan insyaAllah seharian kita dapat menunaikan tanggungjawab kita terhadap pencipta kita Allah Al Khaliq.
Apa yang ku perhatikan di dalam beberapa episod Madrasah Aqidah mahupun Madrasah Syariah, penerangan yang diberikan adalah dalam bentuk yang mudah serta senang difahami dan diingati. Jom kita sama-sama menonton Tv Al Hijrah semoga mendapat ilmu dan rahmat Allah serta diterima sebagai salah satu ibadat kepadaNya.
Sekian dahulu, wassalam.