Assalamualaikum!
Assalamualaikum!
Satu Hari Satu ... merupakan tempat saya berkongsi ilmu, cerita, pengalaman, cetusan hati dan pandangan peribadi. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Semoga Allah kurniakan saya istiqamah di dalam perkongsian ini. Saya pohon kemaafan jika ada kesilapan, tersinggung perasaan dan percanggahan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengah blog ini.
“Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.
Friday, April 1, 2011
Determined Baby
Kelmarin aku mendapat idea, disebabkan waktu malam si baby menyusu baring, aku mengesyorkan agar aku bertukar tempat tidur dengan papa. Malam itu aku tidur di sebelah kiri si baby dan papa di sebelah kanannya. Jika dia hendak menyusu dia harus mengiring ke kiri. Pada pukul 1:44 am si baby berbunyi mengejutkan aku untuk menyusukannya. Dia mengiring ke kanan dan aku menariknya dan memberitahu mama di sini. Dia pun membuka matanya besar. Dia mengiring ke arah ku kemudian mengiring semula mengadap papa. "Ha hei heiya hei hei jeghei ...., " dia bercakap dengan papa yang sedang nyenyak tidur sambil tangannya menepuk-nepuk muka papa. Lantas ku kejutkan papa, "Bang, bangun. Entah apa dia nak dengan you." Papa bingkas bangun dan melayan si baby bersembang. Mula-mula o.k., kemudian si baby mula meninggikan suaranya sebab papa tidak faham dan mulalah dia merengek hendak menangis. Dia memusing-musingkan badannya. Aku tariknya untuk menyusu dia tidak mahu. "Dia nak dukung kot," kataku. Papa mendukungnya tetapi dia menangis dan melonjak-lonjak. "Dia tak nak dukung," kata papa lantas meletakkan si baby kembali ke atas tilam. Si baby merengek-rengek sambil memusing-musingkan badannya. "Agaknya dia suruh I tukar tempat dengan you kot," papa memberi cadangan. Aku pun mengambil bantalku dan duduk di sebelah sana katil. "Aha ha hum," kata si baby dengan girang. Dia pun terus ke posisi kegemaran menyusunya iaitu mengiring ke kanan dan membuka mulutnya bak muncung anak burung. Aku pun baring dan menyusukannya. Aku dan papa tersengih dan menggelengkan kepala. "Very determine betul budak ni," kataku. Barulah kami dapat tidur lena sehingga jam 5 pagi apabila Naruto mula menjerit (bunyi alarm handphone papa) dan si baby pun terjaga semula hendak menyusu lagi.
Nampaknya kami tewas lagi. Mudah-mudahan apabila si baby sudah mula mobile dan melasak, kepalanya akan membulat cantik insyaAllah.