Berbalik kepada topik...
- Sekarang baru ku tahu kenapa kencing bayi lelaki yang hanya minum susu ibu adalah najis mukhaffafah. Untuk makluman, adik-beradik saya kesemuanya perempuan; anak pertama saya juga perempuan. Masa saya remaja dahulu, sangat tidak berpuas hati kenapa kencing bayi lelaki sahaja, apa bezanya dengan kencing bayi perempuan. Setelah melahirkan anak lelaki ini, baru saya tahu jawapannya. Bayi lelaki kencing bersepah/ memancut tinggi. Keberangkalian najisnya berterabur ke merata tempat sangat besar. Syukur pada Mu ya Allah yang Maha Bijaksana, dengan kemudahan yang Engkau berikan memudahkan saya mencuci najis yang bersepah ini hanya dengan renjisan air.
- Sekarang baru ku tahu kenapa aurat sesama wanita antara pusat dan lutut, bukankah yang lagi satu pun malu jugak. Setelah lama tidak menyusukan bayi, saya amat-amat memerlukan bantuan dan tunjuk ajar. Tunjuk ajar juga diperlukan untuk menggunakan pam susu. Alhamdulillah pada Mu ya Allah yang Maha Adil dan sentiasa memudahkan hambaNya di dalam urusan dunia.
- Teringat semasa di Masjidil Haram ketika menunggu masuknya waktu Isyak. Melihat kebanjiran manusia pelbagai bangsa dan rupa dari seluruh pelusuk dunia menyebabkan saya bertanya pada emak di sisi, "Kenapa Allah jadikan macam-macam orang ni?" "Entah," balas emak. Lantas aku menyambung kembali membaca tafsir Al-Quran, "Ha! Cepat dah dapat jawapannya mak," kataku. Kebetulan saya berhenti pada ayat 12 surah Al-Hujraat untuk bertanya soalan sebelum menyambung kembali ayat 13 surah tersebut:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Sekarang baru ku tahu jawapannya. Semua bangsa mempunyai keistimewaannya. Kita patut mengambil kesempatan untuk saling mengenali. Gabungan kehebatan yang Allah kurniakan pada setiap kaum akan menjadikan masyarakat yang makmur dan ummah yang kuat.
- Sekarang baru ku tahu kenapa kain samping sangat penting pada lelaki Melayu dulu-dulu. Jawapannya kerana ....... Baru tahu lepas tonton salah satu filem hitam putih kalau tak salah filem P. Ramlee.